APA ITU FIDYAH ?
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.
APAKAH HUKUM MEMBAYAR FIDYAH ?
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB.
Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.
LAFAZ NIAT FIDYAH
Inilah fidyah puasa yang wajib atasku kerana Allah Taala